Untuk perkongsian bersama, ana lampirkan beberapa tips yang diguna oleh orang2 Cina untuk maju dalam bidang perniagaan. Bukan untuk meniru diorang, tapi disebabkan tips2 yang intipatinya ini dari Alquran dan sejarah2 dahulu di aplikasi dan diguna pakai oleh mereka, ada baik nya kita pula mempraktikkannya...
Ingat sahabat2 sekalian, walau banyak mana pun tips yang ada, apa yang penting adalah mengaplikasinya dengan TINDAKAN bukan hanya berjuang dengan air liur sahaja..
Ambillah kebaikan selagi mana bermanfaat:
- peniaga pelu menunjukkan kejujuran dan keikhlasan semasa melaksanakan urusan.
- peniaga perlu mewujudkan KEPERCAYAAN dan IKATAN MESRA dgn pelanggan xkira pelanggan yang bsr or kecil n yg tetap or baru.
- peniaga pelu melayan para pelanggannya dengan saksama kerana setiap daripada mereka adalah penting.
- peniaga x bleh menurut perasaan & kehndk sendiri.
- sentiasa memaniskan muka & kaya dgn senyuman. =)
- perlu akur dgn permintaan & keperluan pelanggan.
- x bleh marah or menengking pelanggan.
- peniaga bukan tauke krn bos sebenar adalah pelanggan.
- x blleh sombong, angkuh dan bongkak.
- perlu ringan tulang & mudah menghulurkan bantuan.
- perlu bersedia memberikan perkhidmatan tambahan & dlm konteks perniagaan runcit, menghantar barang ke rumh pelanggan.
- x bleh rahu2 menjawab segala pertanyaan orang ramai.
- peniaga perlu menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yg serba tahu terutamanya dalam bidang yg berkaitan dgn perniagaannya.
- peniaga perlu mengambil berat hal ehwal masyarakat dan isu semasa.
- perlu mempunyai kepekaan yang tinggi dan rasa simpati yg mendalam pd pelanggan.
- pelanggan pelu dijadikan sbg sahabat, bukannya sbg pembeli yg datang & pergi.
- tidak perlu kedekut memberikan diskaun, puji2an dan penghargaan kpd pelanggan.
- x bleh ambil cuti kecuali kecemasan & ada urusan yg x dapat d elakkan.
- perlu bangun awal dan membuka perniagaannya secepat yg mungkin.
- perlu memberikan pperkhidmatan yg cepat & pantas serta jgn membiarkan pelanggan tertunggu2.
- peniaga perlu mudah dibawa, dibicara dan berunding.
- x boleh bersikap prejudis pada pelanggan dan orang ramai.
- sentiasa berfikiran terbuka dan POSITIF.
- x boleh cepat melatah dan terburu2.
- perlu menunjukkan kpd pelanggan yang dia sentiasa sibuk.
- xboleh tidur semasa menjalankan urusniaga.
- perlu berusaha menimbulkan keceriaan, bukan mencetuskan kebosanan.
- perlu memastikan premisnya penuh dgn barangan dan tidak membiarkan ada ruang2 kosong.
- perlu memberi kebebasa pada pelanggan untuk membuat pilihan.
- jangan sesekali campur tangan & membuat keputusan bg pihak pelanggan kecuali jika diminta.
- peniaga perlu membuatkan pelanggan merasakan kehadiran mereka dialu-alukan.
- tidak boleh berkat 'TIDAK' kepada pelanggan.
- tidak boleh mewujudkan jurang dgn pelanggan apatah lagi menjadi kera sumbang.
- peniaga perlu berperanan sebagai peniaga,bknnya kaki umpat, kaki judi dan kaki arak.
- peniaga perlu belajar menggunakan wang dan meningkatkan kemahiran menabung.
- harus sentiasa menyediakan duit kecil utk ditukar dgn pelanggan.
- peniga xleh menunjuk-nunjuk kemewahannya di depan pelanggankrn imej bukannya datang daripada perhiasan diri teta[i perkhidmatan yang diberi.
- peniaga jgn sesekali makan di depan pelanggan kerana dianggap perbuatan yang tidak sopan.pelanggan tidak suka.
- peniaga perlu menampal notis apabila premisnya ditutup untuk sementara waktu.
- peniaga jgn mencari musuh krn ia tidak baik bagi perniagaan.
- peniaga jgn terlalu suka dan bercakap berkenaan dgn keuntungan.
- perlu tahu membezakan keuntungan jangka pendek dan keuntungan jangka panjang.
- peniaga tidak boleh terlalu yakin. perlu jiga berjaga2 dan berwaspada.
- peniaga sebaik-baiknya xmenjadikan premis perniagaan sbg tmpat tinggal untuk keluarga bertandang dan bersembang.
- perlu menyimpan lebihan dan stok jualan spy x berlaku kekurangan.
- perlu menepati janji & menjelaskan hutang.
- peniaga tidak akan rugi jika memberikan sedikit insentif kepada pelanggan dlm bntuk potongan harga, hadiah @ menambahkan berat barangan yg dibeli oleh mereka.
- peniaga xleh menipu krn KEPERCAYAAN menjadi asas utama dlm perniagaan.
- peniaga xleh menyalahkan orang lain apabila berlaku kerugian & kecelakaan.semuanya perlu diterima dgn hati yg cekal.
- peniaga perlu mewujudkan situasi menang2(win2 sitution) antara dirinya dgn pelanggan. dgn itu hbgnnya dgn pelanggan akan berkekalan dan perniagaan dapat bertahan.
" apa yang kuimpikan adalah melihat islam tertegak di muka bumi ini, syariat Allah dapat dilasanakan.. Ya Allah,Kau tetapkanlah hati ini untuk terus berjuang di jalan perjuangan agamaMu ini.. Ameen..."