Wednesday, September 30, 2009

wanita dan minyak wangi...

Bergelar seorang wanita bukanlah semudah yg disangka dan dijangka..
wanita adalah besar pengaruhnya, kekuatan untuk agama dan juga kemusnahan untuk agamanya. tapi, wanita solehah adlah sebaik2 ciptaan Allah untuk seisi alam..

untuk yang bergelar "WANITA", sedarilah bahawa dirimu amat berguna dan juga mugkin sebagai pembawa kerosakan.. namun, kamu yg berhak memilih jalan yg LURUS U HIDUPMU YG MASIH PANJANG INI...

berusahalah menjadi muslimah sejati yg bermanfaat untuk agama dan seluruh alam dan seisinya...


Hadits Pertama :

من عرض عليه طيب فلا يرد ه فإ نه خفيف المحمل و طيب الرائحة


“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.”

(Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah).



Hadits Kedua :

حبب الي من دنيا آم : النساء و الطيب ، وجعلت قرة عيني فى الصلا ة


“Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, harum-haruman/ wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam sholat.”

(Shahih riwayat ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik).



Hadits Ketiga :

أطيب الطيب المسك


“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.”

(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy).



Hadits Keempat :

إذ ا شهدت احد ا آن العشاء فلا تمس طيبا


“Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya’ (dimasjid) maka janganlah dia memakai wangi-wangian.”

(Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’I dari jalan Zainab).


Hadits Kelima :

أيما امرأ ة أصابت بخورا فلا تشهد معنا العشاء الآخر ة


“Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri (sholat) isya’ di (masjid) bersama kami.”

(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’I dari jalan Abi Hurairah).



Hadits Keenam :

إذ ا خرجت المرأ ة إلى المسجد فلتغتسل من الطيب آماتغسل من الجنابة


“Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi (membersihkan diri) daripada wangi-wangian sebagaimana dia mandi daripada janabat.”

(Shahih riwayat Nasa’i dari jalan Abi Hurairah).



Hadits Ketujuh :

أيما امرأ ة تطيبت ثم خرجت إلى المسجد ، لم تقبل لها صلا ة حتى تغتسل


“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).”

(Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah).



Hadits Kelapan :

أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية


“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.”

(Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).



wallahualam.

Monday, September 28, 2009

My life is HAPPY...








me myself now is twenty one-year-old..

Thankful to God by giving the chance for me to be alive in this world. I am glad to see people around me living with happiness. 'Ramadhan' just left and now i am in the month of Syawal. As the blessing month of Ramadhan had left us in few days, I am glad to recall all my pass actions, either it is good or bad.



I try to recall my life after I have finished my secondary school.
At the evening on my last SPM examination, my dad took me home from hostel. As I just arrive home, my elder sister ask me to accompanied her to a supermarket which is not far for my house. The moment still fresh in my mind that my sister had applied for me a job at the supermarket. Out my concern, I was admitted to work as a cashier there. Thanks to God Again.



I worked there for only three week,then i quit. I got an offer letter to further my study in Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Alhamdulillah, I very grateful to Allah to give me all things that I wish to have before. I studied in Darul Quran, memorizing the Quran by day and night without give up,then I manage to fulfill the requirement to finish memorizing for the 30 chapters of Al-Quran.



Then, I continued my study in centre for foundation of IIUM. I have been offered in Nursing programmed, but then I change to Pharmacy programmed. I thought that I am not suitable in this courses, thus I again change my programmed to BioScience programmed at my last semester there.



Now, I in IIUM Kuantan, studying in Biomedical Science. I thought this is my final decision to be in this course. I am happy studying now. I hope that I can be a Islamic scientist in the future.

I have to be very Grateful to Allah as He give me many things that I can learn throughout my life journey..





Thursday, September 3, 2009

Mutiara dari seorang ulama' di Pulau Manis, Tokku Hj Ibrahim Muhammad..sama2 hayati dan amalkan..

"Masuklah ramadhan dgn kesyukuran dan merasai bahawa inilah ramadhan terakhir dalam kehidupan ini, hiruplah cahaya ramadhan

dengan kecintaan, hidupkan setiap nafas ramadhan dengan syuhud kepada Allah, puasakan segala pilihanmu dengan pilihanNya,

puasakan memandang wujud yag lain melainkan wujudnya,biarkan hamba lain tenggelam dalam ibadah, namun engkau tenggelamkan

diri dalam tanah kesunyian tiada kewujudan diri, sesungguhnya bulan ini bulan kasih sayang-Nya kpd hmba yg rindu pd-Nya, ia

mempunyai kekuatan yg hebat dlm menyingkap cahaya makrifat dalam batinmu sehingga berpuasa segala anggotamu dari yg lain

kerana terasyik, puasa meninggalkan diri kepada hakikat diri, khalwah dirimu dari segala bentuk kewujudan diri adalah

hakikat puasa, tenggelamkn dirimu dengan kesungguhan dalam lautan ketiadaan diri, dgn keberkatan nur ramadhan, ia

bagaikan buraq yg akan membawa diri kpd alam musyahadah, sesungguhnya segala hijab itu sudah ditambat,syurga

makrifat terbuka segenap penjuru, amat rugi bagi sesiapa yg tiada menggunakan ramadhan ini utk mencapai makrifat krn

sgl hijab tlh terlerai lembut dan pintu makrifat terbuka luas, kejarlah dengan air mata dan zikir sehingga tiada lagi

bunyi dan huruf, nescaya engkau perolehi ketakwaan dan kecintaan menyebabkan gementar segala urat sarafmu. Maka,

engkau akan mengerti cinta Allah pada Muhammad dan cinta Muhammad pd Allah"

syukur..

hari ni kecoh di kalangan sahabat2 sekelasku bg subjek mgt1050k(management) bahawa result midterm ktorg dah kuar..huhuhu..rasa berdebau bangat..mmg aku budget ak mmg x lulus untuk subjk ni cz i can't perform well during the exam..

Allah maha Mengetahui..alhamdulillah aku lulus jg untuk subjek ni walau markah yg aku dapat xlah sehebat shbt2 yg lain.. alhmdulillah aku rasa berkat doa di bulan ramadhan jg...

sahabat2..
aku teringat,kita sepatutnya perlu ada jiwa husnu dzan dgn Allah,Pencipta kita setiap saat setiap kali nafas kita masih dikandung badan.. setelah berusaha dan berpenat lelah dgn pelbagai persediaan untuk xm, TAWAKKAL pada Allah perlu melebihi dari usaha yg kita lakukan selps kita dah xm..

aku rasa sgt2 disayangi oleh Allah.. aku rs lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan untuk mid-term xm untuk subjek ungs 2030 and epidemeologi yg bakal aku hadapi nextweek..

rasa terharu sgt2 bila teringatkan mama dan papa yg mmg target untuk aku buat yg terbaik dlm pelajaranku..

InsyaAllah, aku yakin dgn Mu Ya Allah,bila mana aku menolong agamaMu,Kau akn menolongku dlm pelajaranku..Aku YAKIN... akan ku teruskan perjuangan menegakkan agamaMU sehingga nafas terakhirku di atas muka bumi Mu ini Ya Allah.. akan ku jadi insan yg cemerlang dan berusaha menjadi seorang muslim yg terbaik dlm setiap perkara yg aku lakukan include my study.. marilah kita sama2 cemerlangkan study kt cz dgn study jg kita dpt bantu ISLAM dari pelbagai sudut..ilmu sgt pntg sbg seorg pandakwah..
jgn berputus asa dgn RAHMAT Allah.. YAKIN pada janjiNya...

selamat berjuang..
mama and papa,akan ku hadiahkan kecemerlangan ini padamu.. mg2 cita2 ku untuk menjadi anak yg solehah tercapai..

YaALLAH,redhailah perjuanganku ini dan redhailah ibu bapaku..
sesungguhnya Kaulah segala2 nya bagi ku...

Selamat menempuh peperiksaan buat shbt2 seperjuangan yg lain..
all the BEST..(^_^)

Friday, August 28, 2009

IBU....


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

“Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya. "

Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

Thursday, May 7, 2009

Tips perniagaan orang Cina

Ekonomi dunia dikuasai dan di pelopori oleh orang2 Cina. kita sebagai muslim seharusnya tidak boleh berdiam diri dan perlu meningkatkan kualiti diri supaya suatu hari nanti ekonomi dunia dikuasai oleh orang2 ISLAM.. tidak kira samada orang itu berbangsa apa,tapi apa yang penting adalah penguasaaan ekonomi adalah berpihak pada orang ISLAM. jika orang islam yang berperanan dalam bidang ekonomi ini, tiada lagi duit2@ sumbangan untuk menindas saudara2 islam di Palestin,Iraq dan di tanah2 penduduk islam.

Untuk perkongsian bersama, ana lampirkan beberapa tips yang diguna oleh orang2 Cina untuk maju dalam bidang perniagaan. Bukan untuk meniru diorang, tapi disebabkan tips2 yang intipatinya ini dari Alquran dan sejarah2 dahulu di aplikasi dan diguna pakai oleh mereka, ada baik nya kita pula mempraktikkannya...

Ingat sahabat2 sekalian, walau banyak mana pun tips yang ada, apa yang penting adalah mengaplikasinya dengan TINDAKAN bukan hanya berjuang dengan air liur sahaja..

Ambillah kebaikan selagi mana bermanfaat:
  1. peniaga pelu menunjukkan kejujuran dan keikhlasan semasa melaksanakan urusan.
  2. peniaga perlu mewujudkan KEPERCAYAAN dan IKATAN MESRA dgn pelanggan xkira pelanggan yang bsr or kecil n yg tetap or baru.
  3. peniaga pelu melayan para pelanggannya dengan saksama kerana setiap daripada mereka adalah penting.
  4. peniaga x bleh menurut perasaan & kehndk sendiri.
  5. sentiasa memaniskan muka & kaya dgn senyuman. =)
  6. perlu akur dgn permintaan & keperluan pelanggan.
  7. x bleh marah or menengking pelanggan.
  8. peniaga bukan tauke krn bos sebenar adalah pelanggan.
  9. x blleh sombong, angkuh dan bongkak.
  10. perlu ringan tulang & mudah menghulurkan bantuan.
  11. perlu bersedia memberikan perkhidmatan tambahan & dlm konteks perniagaan runcit, menghantar barang ke rumh pelanggan.
  12. x bleh rahu2 menjawab segala pertanyaan orang ramai.
  13. peniaga perlu menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yg serba tahu terutamanya dalam bidang yg berkaitan dgn perniagaannya.
  14. peniaga perlu mengambil berat hal ehwal masyarakat dan isu semasa.
  15. perlu mempunyai kepekaan yang tinggi dan rasa simpati yg mendalam pd pelanggan.
  16. pelanggan pelu dijadikan sbg sahabat, bukannya sbg pembeli yg datang & pergi.
  17. tidak perlu kedekut memberikan diskaun, puji2an dan penghargaan kpd pelanggan.
  18. x bleh ambil cuti kecuali kecemasan & ada urusan yg x dapat d elakkan.
  19. perlu bangun awal dan membuka perniagaannya secepat yg mungkin.
  20. perlu memberikan pperkhidmatan yg cepat & pantas serta jgn membiarkan pelanggan tertunggu2.
  21. peniaga perlu mudah dibawa, dibicara dan berunding.
  22. x boleh bersikap prejudis pada pelanggan dan orang ramai.
  23. sentiasa berfikiran terbuka dan POSITIF.
  24. x boleh cepat melatah dan terburu2.
  25. perlu menunjukkan kpd pelanggan yang dia sentiasa sibuk.
  26. xboleh tidur semasa menjalankan urusniaga.
  27. perlu berusaha menimbulkan keceriaan, bukan mencetuskan kebosanan.
  28. perlu memastikan premisnya penuh dgn barangan dan tidak membiarkan ada ruang2 kosong.
  29. perlu memberi kebebasa pada pelanggan untuk membuat pilihan.
  30. jangan sesekali campur tangan & membuat keputusan bg pihak pelanggan kecuali jika diminta.
  31. peniaga perlu membuatkan pelanggan merasakan kehadiran mereka dialu-alukan.
  32. tidak boleh berkat 'TIDAK' kepada pelanggan.
  33. tidak boleh mewujudkan jurang dgn pelanggan apatah lagi menjadi kera sumbang.
  34. peniaga perlu berperanan sebagai peniaga,bknnya kaki umpat, kaki judi dan kaki arak.
  35. peniaga perlu belajar menggunakan wang dan meningkatkan kemahiran menabung.
  36. harus sentiasa menyediakan duit kecil utk ditukar dgn pelanggan.
  37. peniga xleh menunjuk-nunjuk kemewahannya di depan pelanggankrn imej bukannya datang daripada perhiasan diri teta[i perkhidmatan yang diberi.
  38. peniaga jgn sesekali makan di depan pelanggan kerana dianggap perbuatan yang tidak sopan.pelanggan tidak suka.
  39. peniaga perlu menampal notis apabila premisnya ditutup untuk sementara waktu.
  40. peniaga jgn mencari musuh krn ia tidak baik bagi perniagaan.
  41. peniaga jgn terlalu suka dan bercakap berkenaan dgn keuntungan.
  42. perlu tahu membezakan keuntungan jangka pendek dan keuntungan jangka panjang.
  43. peniaga tidak boleh terlalu yakin. perlu jiga berjaga2 dan berwaspada.
  44. peniaga sebaik-baiknya xmenjadikan premis perniagaan sbg tmpat tinggal untuk keluarga bertandang dan bersembang.
  45. perlu menyimpan lebihan dan stok jualan spy x berlaku kekurangan.
  46. perlu menepati janji & menjelaskan hutang.
  47. peniaga tidak akan rugi jika memberikan sedikit insentif kepada pelanggan dlm bntuk potongan harga, hadiah @ menambahkan berat barangan yg dibeli oleh mereka.
  48. peniaga xleh menipu krn KEPERCAYAAN menjadi asas utama dlm perniagaan.
  49. peniaga xleh menyalahkan orang lain apabila berlaku kerugian & kecelakaan.semuanya perlu diterima dgn hati yg cekal.
  50. peniaga perlu mewujudkan situasi menang2(win2 sitution) antara dirinya dgn pelanggan. dgn itu hbgnnya dgn pelanggan akan berkekalan dan perniagaan dapat bertahan.

" apa yang kuimpikan adalah melihat islam tertegak di muka bumi ini, syariat Allah dapat dilasanakan.. Ya Allah,Kau tetapkanlah hati ini untuk terus berjuang di jalan perjuangan agamaMu ini.. Ameen..."

Wednesday, April 22, 2009

alhamdulillah...

seinfiniti kesyukuran ana panjatkan pada Allah subhanahuwata'ala kerana mengizinkan diri ini untuk meng'update'kan blog yang kesuraman...syukran tak terhingga pada sifu kecil yang x jemu2 mengajar anak muridnya yang banyak karenah ini..hihi...
sekadar renungan diri dan sahabat2...
hidup kita hanya sementara di bumi Alllah swt ini..setiap hari kita diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan kesusahan dan kesenangan.. tapi,ingatlah diri yang lemah,terimalah apa sahaja yang dianugerahkan oleh Allah swt kepadamu kerana Dia lebih mengetahui akan situasi dirimu yang sebenar...

firman Allah swt:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman, " dan mereka tidak diuji?
(Al-'Ankabut=2)

ingin ana menceritakan sedikit kisah sahabat ana yang tidak lekang dari diuji oleh Allah, tapi jiwanya tetap berhusnu dzan(bersangka baik) dengan segala ujian tersebut.. kadang2 tersasar dari landasan sebenar yang diredhai Allah, tetapi kembalilah kepadaNya..

sejak dari kecil,sabahat ana hidup dalam keadaan yang sederhana dari segi material dan juga kasih sayang keluarga..hari kian merangkak sehingga umurnya mencecah alam remaja. sahabat ana menjalani kehidupan seperti kebanyakan remaja2 lain..apabila umurnya mencecah 16 tahun, beliau diuji dengan perasaan gelora seorang remaja yang mahu hidup bebas..mahu mencuba sesutu yang baru..bermula awal pengenalannya pada ABC sehingga peperiksaan PMR, kptsan exam nya sentiasa berada pada aras excellence walau hidup dalam serba kekurangan.. berbekalkan semangat yang ada itulah yang membawa beliau kepada kejayaan.. siapa sangka, seorang pelajar yang dahulunya cemerlang akademik dan akhlak sahsiahnya kini telah berubah laku kepada seorang pelajar yang nakal dan selalu melanggar peraturan sekolah.. dia sedar akan segala pelakuannya yang jauh menyimpang dari jalan yang lurus, tapi disebabkan terlalu mmengikut perasaan remajanya,dia rela hanyut dalam alam fantasinya.. dari seorang pelajar yang sentiasa bersama buku pelajarannya,kini buku telah bertukar dengan key board komputer, novel2 cinta dan telefon cellular...betapa sedih melihatkan keadaan sahabat seperjuangan menuntut ilmu, yang selalu bergurau senda dahulunya yang mula menjauhkan diri, berubah 270 darjah dari perilakunya sebelum ini kian hanyut di bawa arus..masyaAllah, walau keadaannya yang telah berubah itu membimbangkanku,tapi sesuatu yang ku amat bersyukur,solatnya masih utuh 5x sehari semalam di tambah lagi solat sunat hajat yang masih tidak ditinggalkan.. aku hairan melihatnya,di sebalik itu aku masih bersyukur..

memulakan alam persekolahan pada awal tingkatan 5,keadaannya masih begitu, sentiasa chatting di internet dan melakukan perkara2 lagho..cuma,sebulan selepas berlalu alam persekolahan di tahun baru,keadaannya berubah kembali sedikit demi sedikit ke arah menjadi dirinya yang sebenar seperti yang kukenali sebelum ini.. ana bersyukur pada Allah.. mungkin keadaan diri yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun tersebut menyebabkannya berubah ke arah yang lebih baik.. ana sangat bersyukur dan gembira melihatkan keadaan dirinya itu...Alhamdlillah,usaha yang ditunjukkan untuk menghadapi exam SPM dipamerkan dengan kesungguhan dalam membuat latih tubi pada soalan2 yang lepas dan sikapnya yang selalu bertanya pada guru2.setelah tamat peperiksaan dan mendapat result,ana bertanya khabar berita tentangnya..walau resultnya tidaklah secemerlang mendapat A dalam semua subjek,tapi boleh dikatakan semua kptsn yang diperoleh untuk setiap subject tidaklah menghampakan..

apa yang tidak bolah kulupakan dari perbualan kami, banyak nasihat2 yang berguna yang ditinggalkan. antaranya,

-belajarlah dari kesilapan lalu.
- jika kamu belum diuji,jgn mengatakan bahwa kamu tidak akan diuji.tapi, tunggulah saat tibanya nanti.. samada cepat @ lambat sahaja.
-jika kamu terasa kamu diuji dengan duniawi,jgnlah cepat melatah untuk mengikut kemahuan nafsumu itu..fikirlah dalam jangka masa yang panjang..fikirkan baik buruknya kesan pada dirimu dan orang di sekelilingmu...

banyak lagi pesanan yang ditinggalkan...mugkin bleh dicerita di lain masa... kenangan manis bersamanya xkan kulupa sampai bila2...ana mengharapkan keredhaan Allah sentiasa mengiringi kami dan rahmat Allah itu tdak putus2 pada kami.. smoga masih ketemu sahabatku kerana Allah...

UJIAN itu adalah rahmat bagi orang2 yang merasai kewujudan Allah... bersabarlah wahai insan atas tarbiyah rohaniah dan jasadiah terus dari Allah swt... moga berjaya di dunia dan akhirat....