"Masuklah ramadhan dgn kesyukuran dan merasai bahawa inilah ramadhan terakhir dalam kehidupan ini, hiruplah cahaya ramadhan
dengan kecintaan, hidupkan setiap nafas ramadhan dengan syuhud kepada Allah, puasakan segala pilihanmu dengan pilihanNya,
puasakan memandang wujud yag lain melainkan wujudnya,biarkan hamba lain tenggelam dalam ibadah, namun engkau tenggelamkan
diri dalam tanah kesunyian tiada kewujudan diri, sesungguhnya bulan ini bulan kasih sayang-Nya kpd hmba yg rindu pd-Nya, ia
mempunyai kekuatan yg hebat dlm menyingkap cahaya makrifat dalam batinmu sehingga berpuasa segala anggotamu dari yg lain
kerana terasyik, puasa meninggalkan diri kepada hakikat diri, khalwah dirimu dari segala bentuk kewujudan diri adalah
hakikat puasa, tenggelamkn dirimu dengan kesungguhan dalam lautan ketiadaan diri, dgn keberkatan nur ramadhan, ia
bagaikan buraq yg akan membawa diri kpd alam musyahadah, sesungguhnya segala hijab itu sudah ditambat,syurga
makrifat terbuka segenap penjuru, amat rugi bagi sesiapa yg tiada menggunakan ramadhan ini utk mencapai makrifat krn
sgl hijab tlh terlerai lembut dan pintu makrifat terbuka luas, kejarlah dengan air mata dan zikir sehingga tiada lagi
bunyi dan huruf, nescaya engkau perolehi ketakwaan dan kecintaan menyebabkan gementar segala urat sarafmu. Maka,
engkau akan mengerti cinta Allah pada Muhammad dan cinta Muhammad pd Allah"
MA'RIFATULLAH
14 years ago
No comments:
Post a Comment