Wednesday, April 22, 2009

alhamdulillah...

seinfiniti kesyukuran ana panjatkan pada Allah subhanahuwata'ala kerana mengizinkan diri ini untuk meng'update'kan blog yang kesuraman...syukran tak terhingga pada sifu kecil yang x jemu2 mengajar anak muridnya yang banyak karenah ini..hihi...
sekadar renungan diri dan sahabat2...
hidup kita hanya sementara di bumi Alllah swt ini..setiap hari kita diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan kesusahan dan kesenangan.. tapi,ingatlah diri yang lemah,terimalah apa sahaja yang dianugerahkan oleh Allah swt kepadamu kerana Dia lebih mengetahui akan situasi dirimu yang sebenar...

firman Allah swt:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman, " dan mereka tidak diuji?
(Al-'Ankabut=2)

ingin ana menceritakan sedikit kisah sahabat ana yang tidak lekang dari diuji oleh Allah, tapi jiwanya tetap berhusnu dzan(bersangka baik) dengan segala ujian tersebut.. kadang2 tersasar dari landasan sebenar yang diredhai Allah, tetapi kembalilah kepadaNya..

sejak dari kecil,sabahat ana hidup dalam keadaan yang sederhana dari segi material dan juga kasih sayang keluarga..hari kian merangkak sehingga umurnya mencecah alam remaja. sahabat ana menjalani kehidupan seperti kebanyakan remaja2 lain..apabila umurnya mencecah 16 tahun, beliau diuji dengan perasaan gelora seorang remaja yang mahu hidup bebas..mahu mencuba sesutu yang baru..bermula awal pengenalannya pada ABC sehingga peperiksaan PMR, kptsan exam nya sentiasa berada pada aras excellence walau hidup dalam serba kekurangan.. berbekalkan semangat yang ada itulah yang membawa beliau kepada kejayaan.. siapa sangka, seorang pelajar yang dahulunya cemerlang akademik dan akhlak sahsiahnya kini telah berubah laku kepada seorang pelajar yang nakal dan selalu melanggar peraturan sekolah.. dia sedar akan segala pelakuannya yang jauh menyimpang dari jalan yang lurus, tapi disebabkan terlalu mmengikut perasaan remajanya,dia rela hanyut dalam alam fantasinya.. dari seorang pelajar yang sentiasa bersama buku pelajarannya,kini buku telah bertukar dengan key board komputer, novel2 cinta dan telefon cellular...betapa sedih melihatkan keadaan sahabat seperjuangan menuntut ilmu, yang selalu bergurau senda dahulunya yang mula menjauhkan diri, berubah 270 darjah dari perilakunya sebelum ini kian hanyut di bawa arus..masyaAllah, walau keadaannya yang telah berubah itu membimbangkanku,tapi sesuatu yang ku amat bersyukur,solatnya masih utuh 5x sehari semalam di tambah lagi solat sunat hajat yang masih tidak ditinggalkan.. aku hairan melihatnya,di sebalik itu aku masih bersyukur..

memulakan alam persekolahan pada awal tingkatan 5,keadaannya masih begitu, sentiasa chatting di internet dan melakukan perkara2 lagho..cuma,sebulan selepas berlalu alam persekolahan di tahun baru,keadaannya berubah kembali sedikit demi sedikit ke arah menjadi dirinya yang sebenar seperti yang kukenali sebelum ini.. ana bersyukur pada Allah.. mungkin keadaan diri yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun tersebut menyebabkannya berubah ke arah yang lebih baik.. ana sangat bersyukur dan gembira melihatkan keadaan dirinya itu...Alhamdlillah,usaha yang ditunjukkan untuk menghadapi exam SPM dipamerkan dengan kesungguhan dalam membuat latih tubi pada soalan2 yang lepas dan sikapnya yang selalu bertanya pada guru2.setelah tamat peperiksaan dan mendapat result,ana bertanya khabar berita tentangnya..walau resultnya tidaklah secemerlang mendapat A dalam semua subjek,tapi boleh dikatakan semua kptsn yang diperoleh untuk setiap subject tidaklah menghampakan..

apa yang tidak bolah kulupakan dari perbualan kami, banyak nasihat2 yang berguna yang ditinggalkan. antaranya,

-belajarlah dari kesilapan lalu.
- jika kamu belum diuji,jgn mengatakan bahwa kamu tidak akan diuji.tapi, tunggulah saat tibanya nanti.. samada cepat @ lambat sahaja.
-jika kamu terasa kamu diuji dengan duniawi,jgnlah cepat melatah untuk mengikut kemahuan nafsumu itu..fikirlah dalam jangka masa yang panjang..fikirkan baik buruknya kesan pada dirimu dan orang di sekelilingmu...

banyak lagi pesanan yang ditinggalkan...mugkin bleh dicerita di lain masa... kenangan manis bersamanya xkan kulupa sampai bila2...ana mengharapkan keredhaan Allah sentiasa mengiringi kami dan rahmat Allah itu tdak putus2 pada kami.. smoga masih ketemu sahabatku kerana Allah...

UJIAN itu adalah rahmat bagi orang2 yang merasai kewujudan Allah... bersabarlah wahai insan atas tarbiyah rohaniah dan jasadiah terus dari Allah swt... moga berjaya di dunia dan akhirat....

1 comment:

  1. salam'alaik,

    klu nti nk tmbhkan pengetahuan mengenai siasah maka ana cadangkan baca:


    Tanya tentang buku ini
    Tajuk : Sistem Politik Islam
    Pengarang : Khalid Ali Muhammad al-Anbariy
    Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
    Harga seunit (piece): RM 29.90

    #bacaan buku ni pada level sederhna
    #yg brmanfaat sme2 kite kogsikan

    #mnjawab persoalan pada liqa' tempoh hari

    ReplyDelete