assalamualaikum..
buat diri yg lemah dan punya kekurangan, marilah sama-sama kita MUHASABAH diri sendiri.. untuk menjadi MUKMIN yg sebenar..
1) Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.
2) Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan!
3) Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.
Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu
moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat,
pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang
wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi
tipu daya Iblis.
4) Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan.
Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah
bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri
zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti
bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis
akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan
terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu
boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
5) Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada
zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat
kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi
dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua
tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga
berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan
zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju
kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui
mana-mana jalan perzinaan.
6) Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang
terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan.
Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan
tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat
lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah
>suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan
ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni
akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
7) Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group…? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak
macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun
berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni… betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan
sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu… banyak masa dihabiskan
dengan fantasi cinta!
8) Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan
apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada
nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,
ada keinginan. Itulah manusia.
9) Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis
sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum
sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan
kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan
rahmat pula .
10) Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian
daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka
kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu
tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang
membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh
naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan
nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan
berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah.
Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah
manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah
jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa
naluri atau nafsu.
11) Islam takde ke couple-couple ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah
ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta
yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila
Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang
lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum
kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda
Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling
mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia
telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada
penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut
terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian
diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat
sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan
makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi
macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka
semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah
sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan
ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda
daripada seekor nyamuk sekalipun!
12) Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta….
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama.
Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya
adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu
bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya
angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma
menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang
angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan
bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang
maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi
oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan
orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi
orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum
kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi.
Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci.
Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
13) Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta
seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri
perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak
berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan
perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang
berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang
berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu
terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
14) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin
dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan
dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang
yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik
adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
15) Kami telah berjanji sehidup semati…..
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah?
Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang
keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana
ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
16) Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil
seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk
anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk
berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan
murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia
lelaki.
17) Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second
hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka
menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran
sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata;
sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke
hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!
18) Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada
walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.
Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang
memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara
kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)… Allah
telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzab: 35 )
19) Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah
serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk
mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah
bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang
sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan
perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah
ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang
menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati
tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang
bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada
jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang
ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka ”
p/s: So, bila agaknya kita boleh 'couple' agak2nya?
Sudah tentu selepas kita menjadi pasangan suami isteri yang sah!
Islam itu indah. Yakinlah kebenarannya dan janjinya.
p/s/s: Tahniah kepada anda kerana berjaya baca sampai habis. Anda
dah ber'couple'? Baik 'couple' selepas berkahwin! Bahagia dan tak perlu risau
pandangan manusia dan pandangan pencipta manusia!
bercintalah dgn ALLAH..nescaya ALLAH akan pertemukan dgn org yg mencintai DIA jg.. Yakinlah..Janji ALLAH pasti berlaku..
"Ya Allah..Kau peliharalah daku dlm CINTAMU & CINTA pd RASULMU..." ameen(^_^)
MA'RIFATULLAH
14 years ago
No comments:
Post a Comment